BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 30 October 2011

Program Merealisasikan Generasi Unggul

Program ini dijalankan di SMK Raja Chulan, Ipoh, Perak pada 28 hb.10.2011 hingga 30.hb.11.2011 iaitu 3 hari 2 malam di mana ianya adalah sebuah program untuk memotivasikan para pelajar si sekolah tersebut. Program ini telah dijalankan kepada para pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Memang seronok melihat gelagat dan kerenah para pelajar sepanjang program ini berlangsung. Diharapkan agar program seumpama ini akan dapat membantu para pelajar dalam memotivasikan diri mereka dengan lebih mendalam lagi.

 Para peserta program yang sangat happenning dan sporting

 Saya selaku pengarah program memberikan sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti.

                 Para pelajar khusyuk mendengar taklimat.

 Aktiviti Ice Breaking di mana ianya merupakan sesi untuk merapatkan hubungan antara para pelajar dengan para fasilitator. Aktiviti dimulakan dengan sesi pengenalan para barisan fasilitator. Uniknya, kami tidak memperkenalkan diri kami dengan nama tetapi dengan menggunakan gelaran keluarga yogi di mana saya selaku papa yogi. Enniey sebagai pasangan saya iaitu mama yogi, razin sebagai abang yogi, ummul sebagai kak ngah yogi dan hakimah sebagai kak long yogi manakala para peserta diberi gelaran yogi. Ini merupakan lagu keluarga yogi :

                           Sapa suruh jadi ahli yogi
                           Kalau tak nak baiki diri lagi
                           Lebih baik duduk depan tv
                           Makan ubi sambil tengok movie


 Ummul selaku kak ngah yogi sedang memperkenalkan diri



              Aktiviti Ice Breaking. Kelihatan seorang peserta sedang memberikan pendapat tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Hari kedua pula, aktiviti diteruskan dengan aktiviti Senamrobik... Kelihatan para peserta begitu bersemangat untuk melakukan regangan bersama barisan fasilitator. Terima kasih diucapkan kepada saudari Jubaidah kerana sudi mengendalikan aktiviti ini.... memang terbaiikkkk...



 

HARAP MAAF... BELUM SIAP SEPENUHNYER.. SABAR YER.. HEHE

Sunday 16 October 2011

Lawatan Dr. Ahmad Jazimin Jusoh ke Brunei

Lawatan Dr. Ahmad Jazimin Jusoh ke Brunei adalah untuk Program Pengantarabangsaan kepada bakal pelajar UPSI akan datang ke Brunei. Saya sempat snap shoot bersama beliau. hehehe....





              Bersama Dr. Ahmad Jazimin Jusoh melawat ke Muzium Teknologi Melayu

                          Bersama Dr. Ahmad Jazimin Jusoh melawat Perkampungan Air.

Lawatan Ilmiah Mahasiswa & Mahasiswi KUPU SB, ke Sempornea, Sabah




Terapi pasir (Sand Therapy)

Terapi pasir (Sand Therapy) ini telah dilaksanakan oleh kaunselor sekolah dan telah di rasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.



Kem Motivasi

Ini merupakan salah satu Program Tahunan Kem Motivasi bagi Pelajar (mahasiswa/mahasiswi) KUPU SB  yang saya kendalikan kepada bakal guru yang hendak menamatkan kursus perguruan mereka. Program ini telah dijalankan di Gua Niah, Sarawak pada tahun 2008. Daripada kem yang telah dijalankan ini, ianya dapat mendekatkan lagi hubungan saya bersama para pelajar. Program ini berbentuk suatu aktiviti yang mencabar ketahanan mental, fizikal, rohani dan emosi sebagai persediaan mereka menghadapi dunia perguruan kelak. 



                                                                  Aktiviti Senamrobik


                     Saya sedang memberikan penerangan kepada peserta program



                                    Bergambar bersama para pelajar di dalam Gua Niah

Program Perkampungan Hijrah Belia

Program Perkampungan Hijrah Belia ini telah dilaksanakan pada 6-9 Disember 2010 buat kali ke-enam. Untuk melaksanakan program ini, saya telah diberi peluang untuk menjalankan program ini kepada para belia.

                  Ketika saya sedang mengendalikan Program Perkampungan Hijrah Belia.
 



                                      Para Peserta Program Perkampungan Hijrah Belia

                            Menerima cenderamata daripada pihak penganjur program.

Program Motivasi bagi murid-murid yang belajar dalam Darjah IV, V dan VI.

Pada 21 Mei 2011 yang lalu, saya telah diberi peluang untuk memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid yang belajar dalam Darjah IV, V dan VI. Berikut merupakan laporan aktiviti tersebut :




Program Motivasi dorong
murid berperibadi mulia
KUALA BELAIT, Sabtu, 21 Mei. - Dalam usaha mendorong murid-murid sekolah rendah rajin belajar dan menjadi individu yang mempunyai peribadi mulia di masa hadapan, Sekolah Ugama (BSM) Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong hari ini mengadakan Program Motivasi bagi murid-muridnya yang belajar dalam Darjah IV, V dan VI. Hampir 250 murid menghadiri program yang diadakan di Dewan Serbaguna Hospital Suri Seri Begawan dengan mengetengahkan penceramah undangan, Pegawai Kaunseling dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Ali Hardi bin Haji Mohamed.

PEGAWAI Kaunseling dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Hal Ehwal Pelajar KUPU SB, Awang Ali Hardi bin Haji Mohamed menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar Darjah IV, V dan VI Sekolah Ugama (BSM) Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong.


Guru Besar Sekolah tersebut, Dayang Hajah Rokiah binti Awang Taha menjelaskan melalui program berkenan murid-murid didedahkan dengan cara membina tabiat belajar yang efektif dengan tujuan membolehkan mereka melaksanakan tugasan serta mengulang kaji secara bersistematik.
Di samping itu beliau juga berharap ibu bapa hendaklah sentiasa mendampingi anak-anak mereka dengan tujuan membantu mereka menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi serta memperolehi kemahiran belajar yang berkesan.
"Pihak sekolah berharap murid-murid yang mengikuti program motivasi ini akan mendapat manfaat daripada apa yang telah disampaikan. Insya-Allah semoga dengan kemahiran belajar serta berfikir yang efektif itu, impian pelajar akan dapat direalisasikan serta meningkatkan keazaman untuk mengubah sikap cara belajar yang berkesan agar dapat mencapai tahap pencapaian yang baik lagi cemerlang dalam semua bidang," ujar beliau dengan penuh harapan.




HAMPIR 250 murid Sekolah Ugama (BSM) Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong mengikuti Program Motivasi ini. 
 
Antara objektif program tersebut ialah untuk membentuk dan menitikberatkan tabiat belajar yang berkesan, menyedarkan murid-murid tentang kepentingan persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dan menanamkan sikap bertanggungjawab dengan penuh kesedaran tentang wajibnya pelajaran di masa hadapan. Program kali keempat seumpamanya ini merupakan aktiviti tahunan sekolah berkenaan yang dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya meningkatkan motivasi diri setiap murid dan guru-guru serta ibu bapa dan penjaga murid agar mencapai keputusan pelajaran yang cemerlang terutama bagi murid-murid Darah VI yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI (SSSRU) tahun ini.