BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 20 September 2011

Apa itu Kaunseling?


Kaunseling boleh didefinisikan sebagai suatu interaksi yang berlaku antara dua orang individu yang dikenali sebagai kaunselor dan klien yang berlaku di dalam setting profesional dan ianya dimula dan dikekalkan sebagai satu cara untuk menolong perubahan tingkahlaku klien.Kebanyakkan ahli psikologi berpendapat bahawa kaunseling menekankan kepada perancangan yang lebih rasional, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengelak masalah penyesuaian yang serius, menyokong kepada situasi tekanan yang dihadapi oleh seseorang yang normal di dalam kehidupan seharian. Kaunseling dianggap sebagai suatu proses yang memakan masa yang lebih singkat berbanding dengan psikoterapi.
 


...Falsafah dan Prinsip dalam Bimbingan dan Kaunseling...
Terdapat beberapa falsafah dan prinsip yang dikenalpasti oleh para tokoh bagi membantu kaunselor melaksanakan sesi kaunseling. Ia akan bertindak sebagai panduan atau rujukan bagi kaunselor yang efektif. Antara falsafah dan prinsip dalam bimbingan dan kaunseling ialah :
1. empati
2. menerima tanpa syarat

3. ketulenan

4. kemesraan

5. kerahsiaan

6. teraputik
Oleh itu, kualiti asas ini perlu ada dalam proses kaunseling agar ianya dapat membantu kaunselor mengendalikan sesi dengan baik. Lantaran itu, klien akan dapat mempercayai dan yakin dengan kebolehan kaunselor bagi membantunya dalam menyelesaikan masalah. Untuk menjadi kaunselor yang berjaya bukannya mudah, ianya memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Kaunselor yang berjaya harus juga mempunyai personaliti dan penampilan diri yang baik. Hal ini adalah kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan dapat dirasai oleh klien apabila berinteraksi dengan klien. Seterusnya, sudah menjadi kemestian bagi seseorang kaunselor untuk berpandangan jauh, terbuka atau mengelakkan diri daripada berpandangan negatif atau serong terhadap klien. Kaunselor harus berkebolehan memasuki ruang rujuk klien atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati permasalahan klien. Kaunselor perlu mengingati bahawa matlamat klien adalah lebih penting.

Dalam sesi kaunseling, Kaunselor harus mempamerkan air muka, bahasa badan yang betul agar klien benar-benar yakin dengan kaunselor tersebut. Sekiranya perkara ini wujud, akan akan dapat memudahkan kaunselor untuk mengendalikan sesi. Kaunselor harus pandai mengawal keadaan, contohnya, mengemukakan soalan tertutup, soalan terbuka dan meminta penjelasan daripada klien agar tidak terkeluar dari tajuk perbincangan dan kaunselor faham dengan jelas tentang masalah yang dikongsi oleh klien. Sebagai kaunselor, dia harus mematuhi etika-rtika yang telah ditetapkan selain memparaktikkan kemahiran-kemahiran yang perlu diikuti di dalam sesi. Hal ini kerana, etika kerahsiaan amat penting dalam sesi kaunseling kerana ianya melibatkan maruah dan perjanjian dengan klien. Kaunselor harus jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai pemegang amanah.


Oleh itu, untuk menjadi kaunselor yang benar-benar mantap, kesungguhan, disiplin diri dan minat adalah penjana ke arahnya. Justeru, tidak ada yang mustahil dalam hidup ini sekiranya kemahuan itu diiringi dengan usaha dan kecekalan. Maka, kaunselor harus sentiasa mempraktikkan kemahiran dan teori yang dipelajari dalam kehidupan seharian.



0 comments: