BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 30 October 2011

Program Merealisasikan Generasi Unggul

Program ini dijalankan di SMK Raja Chulan, Ipoh, Perak pada 28 hb.10.2011 hingga 30.hb.11.2011 iaitu 3 hari 2 malam di mana ianya adalah sebuah program untuk memotivasikan para pelajar si sekolah tersebut. Program ini telah dijalankan kepada para pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Memang seronok melihat gelagat dan kerenah para pelajar sepanjang program ini berlangsung. Diharapkan agar program seumpama ini akan dapat membantu para pelajar dalam memotivasikan diri mereka dengan lebih mendalam lagi.

 Para peserta program yang sangat happenning dan sporting

 Saya selaku pengarah program memberikan sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti.

                 Para pelajar khusyuk mendengar taklimat.

 Aktiviti Ice Breaking di mana ianya merupakan sesi untuk merapatkan hubungan antara para pelajar dengan para fasilitator. Aktiviti dimulakan dengan sesi pengenalan para barisan fasilitator. Uniknya, kami tidak memperkenalkan diri kami dengan nama tetapi dengan menggunakan gelaran keluarga yogi di mana saya selaku papa yogi. Enniey sebagai pasangan saya iaitu mama yogi, razin sebagai abang yogi, ummul sebagai kak ngah yogi dan hakimah sebagai kak long yogi manakala para peserta diberi gelaran yogi. Ini merupakan lagu keluarga yogi :

                           Sapa suruh jadi ahli yogi
                           Kalau tak nak baiki diri lagi
                           Lebih baik duduk depan tv
                           Makan ubi sambil tengok movie


 Ummul selaku kak ngah yogi sedang memperkenalkan diri



              Aktiviti Ice Breaking. Kelihatan seorang peserta sedang memberikan pendapat tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Hari kedua pula, aktiviti diteruskan dengan aktiviti Senamrobik... Kelihatan para peserta begitu bersemangat untuk melakukan regangan bersama barisan fasilitator. Terima kasih diucapkan kepada saudari Jubaidah kerana sudi mengendalikan aktiviti ini.... memang terbaiikkkk...



 

HARAP MAAF... BELUM SIAP SEPENUHNYER.. SABAR YER.. HEHE

Sunday 16 October 2011

Lawatan Dr. Ahmad Jazimin Jusoh ke Brunei

Lawatan Dr. Ahmad Jazimin Jusoh ke Brunei adalah untuk Program Pengantarabangsaan kepada bakal pelajar UPSI akan datang ke Brunei. Saya sempat snap shoot bersama beliau. hehehe....





              Bersama Dr. Ahmad Jazimin Jusoh melawat ke Muzium Teknologi Melayu

                          Bersama Dr. Ahmad Jazimin Jusoh melawat Perkampungan Air.

Lawatan Ilmiah Mahasiswa & Mahasiswi KUPU SB, ke Sempornea, Sabah




Terapi pasir (Sand Therapy)

Terapi pasir (Sand Therapy) ini telah dilaksanakan oleh kaunselor sekolah dan telah di rasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.



Kem Motivasi

Ini merupakan salah satu Program Tahunan Kem Motivasi bagi Pelajar (mahasiswa/mahasiswi) KUPU SB  yang saya kendalikan kepada bakal guru yang hendak menamatkan kursus perguruan mereka. Program ini telah dijalankan di Gua Niah, Sarawak pada tahun 2008. Daripada kem yang telah dijalankan ini, ianya dapat mendekatkan lagi hubungan saya bersama para pelajar. Program ini berbentuk suatu aktiviti yang mencabar ketahanan mental, fizikal, rohani dan emosi sebagai persediaan mereka menghadapi dunia perguruan kelak. 



                                                                  Aktiviti Senamrobik


                     Saya sedang memberikan penerangan kepada peserta program



                                    Bergambar bersama para pelajar di dalam Gua Niah

Program Perkampungan Hijrah Belia

Program Perkampungan Hijrah Belia ini telah dilaksanakan pada 6-9 Disember 2010 buat kali ke-enam. Untuk melaksanakan program ini, saya telah diberi peluang untuk menjalankan program ini kepada para belia.

                  Ketika saya sedang mengendalikan Program Perkampungan Hijrah Belia.
 



                                      Para Peserta Program Perkampungan Hijrah Belia

                            Menerima cenderamata daripada pihak penganjur program.

Program Motivasi bagi murid-murid yang belajar dalam Darjah IV, V dan VI.

Pada 21 Mei 2011 yang lalu, saya telah diberi peluang untuk memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid yang belajar dalam Darjah IV, V dan VI. Berikut merupakan laporan aktiviti tersebut :




Program Motivasi dorong
murid berperibadi mulia
KUALA BELAIT, Sabtu, 21 Mei. - Dalam usaha mendorong murid-murid sekolah rendah rajin belajar dan menjadi individu yang mempunyai peribadi mulia di masa hadapan, Sekolah Ugama (BSM) Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong hari ini mengadakan Program Motivasi bagi murid-muridnya yang belajar dalam Darjah IV, V dan VI. Hampir 250 murid menghadiri program yang diadakan di Dewan Serbaguna Hospital Suri Seri Begawan dengan mengetengahkan penceramah undangan, Pegawai Kaunseling dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Ali Hardi bin Haji Mohamed.

PEGAWAI Kaunseling dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Hal Ehwal Pelajar KUPU SB, Awang Ali Hardi bin Haji Mohamed menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar Darjah IV, V dan VI Sekolah Ugama (BSM) Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong.


Guru Besar Sekolah tersebut, Dayang Hajah Rokiah binti Awang Taha menjelaskan melalui program berkenan murid-murid didedahkan dengan cara membina tabiat belajar yang efektif dengan tujuan membolehkan mereka melaksanakan tugasan serta mengulang kaji secara bersistematik.
Di samping itu beliau juga berharap ibu bapa hendaklah sentiasa mendampingi anak-anak mereka dengan tujuan membantu mereka menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi serta memperolehi kemahiran belajar yang berkesan.
"Pihak sekolah berharap murid-murid yang mengikuti program motivasi ini akan mendapat manfaat daripada apa yang telah disampaikan. Insya-Allah semoga dengan kemahiran belajar serta berfikir yang efektif itu, impian pelajar akan dapat direalisasikan serta meningkatkan keazaman untuk mengubah sikap cara belajar yang berkesan agar dapat mencapai tahap pencapaian yang baik lagi cemerlang dalam semua bidang," ujar beliau dengan penuh harapan.




HAMPIR 250 murid Sekolah Ugama (BSM) Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong mengikuti Program Motivasi ini. 
 
Antara objektif program tersebut ialah untuk membentuk dan menitikberatkan tabiat belajar yang berkesan, menyedarkan murid-murid tentang kepentingan persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dan menanamkan sikap bertanggungjawab dengan penuh kesedaran tentang wajibnya pelajaran di masa hadapan. Program kali keempat seumpamanya ini merupakan aktiviti tahunan sekolah berkenaan yang dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya meningkatkan motivasi diri setiap murid dan guru-guru serta ibu bapa dan penjaga murid agar mencapai keputusan pelajaran yang cemerlang terutama bagi murid-murid Darah VI yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI (SSSRU) tahun ini.

Tuesday 20 September 2011

MATLAMAT YANG SATU


Matlamat adalah kompas kehidupan....
Hidup tanpa matlamat umpama....
Kapal tanpa nakhoda...
hanyut di tengah lautan....
Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan.



Matlamat...???


Matlamat adalah arah tuju an atau kompas kehidupan. Ia akan menentukan apa jua yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup atau cita-cita atau sekadar mengharapkan sesuatu yang baik berlaku kepada kita, maka peluang untuk gagal dan daif akan terbuka luas. Oleh itu, kita perlulah bekerja keras dan bersungguh-sungguh sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran. Pencapaian matlamat adalah salah satu daripada langkah utama dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sebab yang menjadikan matlamat sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan seseorang :
1. Asas menyalurkan masa, tenaga dan idea di mana matlamat dapat menghalang kita daripada mengikut jalan yang salah.

2. Matlamat dapat mewujudkan asas keyakinan dan kemajuan diri yang boleh memberikan perasaan bangga dan yakin kepada kemajuan yang kita perolehi. Dengan itu, kita akan dapat menetapkan matlamat yang lebih besar dan memiliki keyakinan serta kepercayaan yang sepenuhnya terhadap diri kita sendiri.

3. Membuatkan kehidupan kita lebih menarik dan menyeronokkan jika kita berjaya mencorakkan kehidupan. Sebaliknya, jika kita sentiasa berkata, "tiada apa yang boleh aku lakukan", maka sudah pasti kita akan menempuhi kegagalan.


XXXXXXXX

Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda..?


XXXXXXXXX



Matlamat yang SATU.....
Apabila kita telah mempunyai matlamat, kita mesti rancangan tindakan dan kemudiannya berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat tidak akan dicapai hanya dengan angan-angan. Dengan kata lain, kita harus mewujudkan matlamat dan berusaha secara positif untuk memburu kejayaan. Anggaplah bahawa tidak ada apa pun yang mustahil untuk dicapai. Di dalam merancang matlamat hidup ini, secara tidak langsung kita akan belajar untuk mengenali siapakah diri kita sebenarnya, ke manakah arah tujuan kita dan di tahap manakah kita berada ketika ini...? Adakah kelemahan kita yang menjadi batu penghalang untuk maju? Itulah azimat dan hikmat dalam merancang matlamat hidup ini.

Perancangan Matlamat
Dalam menetapkan matlamat, kita perlu membuat perancangan yang teliti, jelas dan tepat. Tanpa perancangan, tidak ubah seperti berangan-angan kosong. Dalam menetapkan matlamat, kita perlu tahu apakah tujuan sebenar atau objektif kita. Jika sasaran kita tidak jelas atau kabur, maka sudah pastilah sasaran kita tidak akan mengena dengan tepat. Salah satu aspek yang perlu ada dalam membuat sesuatu perancangan matlamat ialah aspek masa. Setiap matlamat mestilah mempunyai masa yang telah kita tetapkan. Kita perlu mempunyai tempoh masa yang telah ditetapkan sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Ini akan membolehkan kita merancang, meneliti dan melaksanakannya dalam jangkamasa yang telah kita tetapkan dan memberikan kita "a sense of urgency".

Kedua ialah aspek pengorbanan, di mana apabila kita merancang sesuatu matlamat, kita memerlukan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban dari segi tenaga, wang, masa dan sebagainya. Dengan adanya pengorbanan seperti ini, ianya dapat membantu kita untuk semakin hampir dengan matlamat. Seterusnya ialah aspek halangan. Anda perlu menyenaraikan seberapa banyak halangan dan cabaran yang bakal anda tempuhi supaya anda berada dalam keadaan bersedia untuk mencari jalan untuk mengatasinya. Ini kerana, kebanyakkan individu yang berjaya berpendapat bahawa, dengan hanya mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi, mereka telah pun berjaya mengatasi sebahagian daripadanya.



Bagaimana untuk menetapkan matlamat...??

1. Matlamat ditentukan d
engan Apa yang Kita Inginkan.
Anda jangan sesekali membiarkan matlamat dipengaruhi oleh pendapat orang lain yang boleh merosakkan matlamat anda. Ini kerana, kita bebas menentukan corak hiduo kita. Oleh itu, anda lakukanlah pekerjaan yang boleh mendatangkan kepuasan untuk diri anda sendiri. Apa yang pentin adalah anda harus membuat keputusan berdasarkan kemahuan dan pertimbangan yang baik dari anda sendiri. Bukan bermakna anda tidak menerima pandangan orang lain terutama daripada ahli keluarga tetapi ianya hanya sebagai nasihat dan "guide line" untuk anda membuat keputusan.

2. Tuliskan matlamat anda.
Salah satu cara adalah dengan menulis matlamat kerana ia dapat menolong anda mengenali apa yang dikehendaki. Kebanyakkan daripada kita hanya memikirkan matlamat tetapi tidak menulisnya secara realiti, maka lama-kelamaan, ia akan hilang begitu sahaja. Matlamat yang ditulis, tidak akan hilang. Kecualilah jika ianya dibuang. Melalui penulisan matlamat juga, ianya dapat membuatkan diri kita menumpukan lebih banyak perhatian untuk melaksanakannya.

3. Matlamat haruslah mencabar tetapi masih dalam jangkaan
Matlamat yang mencabar akan membuatkan kita berusaha dan bekerja dengan lebih kuat lagi. Sekiranya matlamat adalah rendah, maka ianya tidak akan mendatangkan sebarang cabaran dan kepuasan. Sebaliknya, sekiranya matlamat terlalu tinggi, ianya akan menyebabkan anda hilang motivasi. Oleh itu, adalah penting untuk menetapkan matlamat yang agak mencabat tetapi masih dalam jangkaan kita seterusnya, kita pasti akan dapat mencapainya.

4. Setip matlamat perlu mempunyai jangkamasa pencapaiannya
Ini adalah utuk membolehkan anda agar tidak berangan-angan kosong seperti angan-angan mat jenin. Ketika anda menetapkan jangkamasa pencapaian matlamat, anda harus mengambilkira tentang pembahagian masa dengan tepat dan praktikal. Oleh itu, anda seharusnya mempunyai matlamat seharian, matlamat jangka pendek, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka panjang.


Matlamat adalah satu peta kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan tindakan, tidak akan menghasilkan apa-apa pun. Ini kerana, tabiat atau sikap kita bukan seperti ukiran di batu yang kekal. Diri kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengikis tabiat dan sikap negatif yang tidak membina. Tidak ada seorang pun yang boleh membantah pilihan kita kecuali diri kita sendiri. Oleh itu, anda harus bertindak dengan cara yang sebaik-baiknya untuk mendapatkan matlamat yang semaksimum mungkin.

MASA ITU EMAS


Anda semestinya selalu mendengar pepatah "masa itu emas"kan? Tetapi anda harus tahu, masa itu bukan seperti emas yg sudah dibentuk atau diukir tetapi ianya adalah seperti timbunan emas yang berada di dalam diri anda. Bagaimana cara untuk anda mendapatkan "emas" tersebut? Jawapannya, anda seharusnya menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya tanpa berlakunya pembaziran waktu. Pengurusan masa yang sesuai akan dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran, cekap di dalam pengurusan peribadi dan meningkatkan motivasi di dalam diri. Masa sentiasa bergerak dan berlalu. Ia tidak pernah rehat dan berhenti. Masa tidak pernah kenal cuti ataupun penat, yang rehat, cuti dan penat hanyalah manusia kerana manusia tidak seperti masa. Oleh itu, beringatlah, setiapkali anda leka dan lali, masa seringkali "memerhatikan" anda kerana ia tidak pernah lali. Berhati-hatilah agar anda tidak "dikalahkan" oleh masa.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian . Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan orang yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran".
-------(----(@

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menguruskan masa dengan hanya mempunyai pengetahuan, kemahiran dan teknik pengurusan masa yang betul untuk menggunakan masa secara cekap dan berkesan. Beberapa kaedah yang ditunjukkan di bawah ini akan dapat membantu seseorang individu yang bergelar pelar untuk mempunyai suatu sistem dan disiplin diri yang sistematik.

1. Menganalisis aktiviti dan masa seharian.
Jumlah masa yang diperuntukkan oleh setiap individu di dunia ini adalah tiada beza antara satu sama lain. Semua individu mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam. Namun seringkali kita mendengar rungutan daripada sesetengah pihak yang menyatakan bahawa masa yang diberikan kepada kita adalah kurang mencukupi atau terlebih cukup. Sebenarnya, sekiranya kita bijak merancang masa dengan akitiviti yang dilakukan, kita tidak mungkin akan mengalami masalah masa. Oleh itu, kita boleh "refresh" kembali diri kita dengan menganalisis masa harian. Dengan ini, kita boleh merancang sesuatu aktiviti dengan lebih baik.

2. Menetapkan Keutamaan Aktiviti

Kebanyakkan daripada kita seringkali mengalami tekanan dalam menentukan keutamaan aktiviti dan pembahagian masa. Ini kerana, individu tersebut merasakan bahawa terdapat banyak perkara yang ingin dilakukan dan terlalu sedikit masa yang ada. Oleh itu, pada pandangan anda, apakan cara yang sesuai yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini...?
Cuba anda fikirkan..... hurmmm... pertama, anda perlu tahu perkara apa yang perlu disegerakan dan perkara mana yang boleh dilengahkan. Kemudian, anda jalankan perkara atau aktiviti yang perlu disegerakan dengan segera kemudian lakukan aktiviti yang boleh dilengahkan. Mudah saja kan....??

3. Membina Jadual Pengurusan Masa dan Belajar.
Jadual pengurusan masa dan belajar yang baik akan menjamin keserasian dalam mengamalkannya. Kita perlu menyoal keperluan kita dahulu sama ada kita perlu atau tidak kepada sistem dan jadual pengurusan masa. Ianya perlu dilakukan dengan teliti, bersungguh-sungguh dan berdisiplin untuk mengamalkannya. Pelajar juga harus melakukan pengorbanan terhadap aktiviti-aktiviti yang tidak penting bagi mengutamakan akademik yang cemerlang.

4. Masa, Tempat dan Kaedah Belajar Bersesuaian.
Lain padang, lain belalang. Begitu juga juga dengan manusia. Lain orang, lain ragam. Dalam melakukan pembacaan, setiap individu mempunyai corak belajar yang berbeza. Terdapat pelajar yang suka belajar di sekolah, ada juga yang suka belajar di rumah, ada juga yang suka duduk bersendirian untuk melakukan kerja-kerja sekolah di bawah pokok selepas waktu sekolah dan sebagainya. Anda pula bagaimana..? Ini seringkali disebut sebagai " masa serasi" dan "tempat serasi". Namun begitu, pelajar tidak boleh terperangkap dengan perkara ini. Ini kerana, pelajar yang bermotivasi dan cemerlang tidak boleh bergantung kepada mana-mana waktu dan tempat serasi untuk belajar, sebaliknya mereka belajar pada setiap waktu, tempat dan keadaan jika ingin berjaya dan cemerlang. Anda ingin menjadi pelajar cemerlang...??? Cubalah cara ini...


@)-)----- SELAMAT MENCUBA.... -----(-(@



MASALAH...? MACAM MANA NAK ATASI???



Kita mesti menerima hakikat bahawa terlalu banyak masalah yang sentiasa berada di hadapan kita. Jadi, kita seharusnya menerimanya dengan tabah, berani dan penuh kerelaan. Berapa ramaikah individu yang sanggup menerima dan berhadapan dengan pelbagai masalah...? Tepuk dada tanya selera. Jadi, bagaimana kita ingin mencapai matlamat sekiranya kita tidak sanggup berhadapan dengan pelbagai permasalahan ini...? Orang yang gagal tidak menyedari apa yang terjadi di sekelilingnya, tidak menyedari keperluan orang laindan tidak menyedari akan penglibatan dirinya dalam kehidupan seharian dan masyarakat sekeliling. Sebaliknya, bagi orangyang berjaya pula, mereka akan sentiasa sensitif terhadap persekitarannya. Mereka tidak memerlukan sebarang dadah atau alkohol untuk menangani masalah mereka. Mereka dapat menjalani kehidupan secara semulajadi. Oleh itu, kita mesti sedar bahawa kita mempunyai segala keupayaan dan kelengkapan untuk bertindak dan mencabar potensi pemikiran kita.



JOM..... Tangani MASALAH....
01. Kikiskan segala pemikiran yang tidak elok.
02. Kawal perasaan anda. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran.
03. Kosongkan otak pemikiran kita daripada perasaan-perasaan sedih.
04. Perbaharui pemikiran anda dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.
05. Berbuat baik kepada insan lain.
06. Cuba dengar nasihat daripada orang lain bagi memecahkan kebuntuan.
07. Bunuh perasaan negatif seperti takut dan rendah diri.
08. Ingatlah bahawa anda sebenarnya bukan keseorangan. Tuhan sentiasa bersama kita.
09. Anggaplah diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu.
10. Sususn segala kesulitan dan masalah di atas kertas satu persatu.
11. Programkan semula pemikiran dan amalkan prinsip pemikiran positif.
12. Jangan sesekali bertindak secara emosional kepada kritikan sehingga menjejaskan penilaian sebenar.
13. Ingatlah bahawa setiap masalah ada jawapan dan jalan penyelesaiannya.
14. Semasa di dalam kesusahan, ingatlah bahawa Tuhan sayangkan anda dan sentiasa bersama kita.


 

"HADAPILAH MASALAH DENGAN PENUH KEPINTARAN DAN KETABAHAN".
                                   Ingatlah bahawa Tuhan sentiasa bersama kita.








WARNA-WARNI KEHIDUPAN...............




       Kreatif n enovatif... tak terjangkau fikiran saya utk bfikir cmni... cantik sgt...

Bagi saya, kehidupan ini ibarat pensil, kitalah yang akan melakar dan mencorakkannya. Indahnya kehidupan sekiranya kita bijak melakarkanya, sebaliknya punahlah segala kehidupan kita sekiranya kita tidak bijak untuk melakar dan mewarnakannya.Apa yang penting, bagaimana untuk kita melakarkan hidup ini. Sebagai makhluk ciptaan Tuhan, kita telah diberi anugerah akal yang tidak terhingga untuk membolehkan kita berfikir tentang perkara baik dan buruk yang boleh kita tanamkan di dalam kehidupan kita. Walau dari mana datangnya kita, dari ulu mana, anak siapa diri kita ini, tidak kira bagaimana latar belakang kita sebelum ini, tetapi yang paling penting sekali ialah apa yang kita boleh jadikan untuk diri kita. Segala-galanya bergantung kepada diri kita sendiri.

Orang biasa atau orang kebanyakkan atau sesiapa sahaja boleh menjadikan diri mereka sebagai orang yang berjaya dan ternama sekiranya mereka sanggup berusaha mengenali diri sendiri, di tahap mana mereka berada di ketika ini, ke mana arah tujuan mereka, mengetahui kekuata dan kelemahan mereka dan kemudiaannya berusaha mengubah diri, sikap dan pemikiran mereka ke arah yang lebih positif. Kesedaran diri untuk berubah adalah merupakan anak kunci kepada segala kejayaan hidup.
Tiada suatu apa pun dan tiada sesiapa pun yang dapat menghalang kita daripada mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup ini selain daripada diri kita sendiri kerana kita adalah nakhodanya.


Hidup insan jadi pedoman,
Belajar mengenali diri sendiri,
Hidup tenang jadi idaman,
Belajar menghadapi walaupun berduri.



Gambaran mental lakaran DUNIA kita...
Sebenarnya kita sendiri yang mengawal sikap kita. Tiada siapa yang berupaya membantah sikap kita melainkan diri kita sendiri. Bagaimana kita berfikir dan bertindak balas bergantung sepenuhnya kepada minda kita sendiri. Gambaran mental adalah apa yang kita fikirkan sehingga ianya dapat mengawal kehidupan seharian kita. Ianya dapat menentukan masa depan dan membentuk mental yang bertindak seperti kompas bagi kehidupan seseorang. Gambaran mental dalam fikiran memandu kita menjalani kehidupan menuju haluan yang akan kita tentukan sendiri. Cuba anda lakukan, fikir dan bayangkan kejayaan dengan penuh emosi, kemudian kita tentukan kuasa bertindak untuk mencapai gambaran tadi. Sikap akan terbentuk untuk menguasai situasi dan alami sendiri akan suasana tersebut. Sesungguhnya masa depan kita terbentuk mengikut apa yang kita gambarkan dalam mentl kita.

Kita "menanam" gambaran mental dan kita menuai apa yang kita tanam. Sekiranya kita menam padi maka hasilnya kita akan perolehi padi dan bukannya gandum. Begitu juga dengan kehidupan kita. Jika kita menanam dalam gambaran mental sebagai seorang yang gagal dan membajai benih-benih kegagalan, maka akhirnya kita akan menuai hasil yang berupa kegagalan. Sekiranya kita menggambarkan dalam gambaran mental kita sebagai orang yang berterusan miskin, akhirnya kita akan mendapat hasil yang sama iaitu kemiskinan. Kita boleh terus menerus menanamkan pemikiran atau gambaran mental kemiskinan dalam fikiran jika kita ingin hidup seperti itu.

Sebaliknya, sekiranya kita memikirkan kejayaan, maka kita akan menjadi orang yang berjaya. Sekiranya kita memikirkan persahabatan, kita akan "menarik" sahabat. Jika kita fikirkan BOLEH, maka kita meyakini yang kita boleh melaksanakannya. Oleh kerana pemikiran kita menguasai dan mengawal kehidupan, kita perlulah berhati-hati dan bijak memilih benih-benih terbaik untuk dimasukkan ke dalam pemikiran kita. Tidak salah untuk kita berfikir untuk memilih jalan yang negatif mahupun positif, terpulang kepada diri kita sendiri untuk mencorakkannya kerana kita sendiri yang menentukan dan memilih segala-galanya. Segala pilihan berada di dalam tangan anda dan masanya adalah sekarang untuk anda bertindak....

  
                                     ....Kita menjadi Seperti Apa yang Kita Fikirkan...