Kita mesti menerima hakikat bahawa terlalu banyak masalah yang sentiasa berada di hadapan kita. Jadi, kita seharusnya menerimanya dengan tabah, berani dan penuh kerelaan. Berapa ramaikah individu yang sanggup menerima dan berhadapan dengan pelbagai masalah...? Tepuk dada tanya selera. Jadi, bagaimana kita ingin mencapai matlamat sekiranya kita tidak sanggup berhadapan dengan pelbagai permasalahan ini...? Orang yang gagal tidak menyedari apa yang terjadi di sekelilingnya, tidak menyedari keperluan orang laindan tidak menyedari akan penglibatan dirinya dalam kehidupan seharian dan masyarakat sekeliling. Sebaliknya, bagi orangyang berjaya pula, mereka akan sentiasa sensitif terhadap persekitarannya. Mereka tidak memerlukan sebarang dadah atau alkohol untuk menangani masalah mereka. Mereka dapat menjalani kehidupan secara semulajadi. Oleh itu, kita mesti sedar bahawa kita mempunyai segala keupayaan dan kelengkapan untuk bertindak dan mencabar potensi pemikiran kita.
JOM..... Tangani MASALAH....
01. Kikiskan segala pemikiran yang tidak elok.
02. Kawal perasaan anda. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran.
03. Kosongkan otak pemikiran kita daripada perasaan-perasaan sedih.
04. Perbaharui pemikiran anda dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.
05. Berbuat baik kepada insan lain.
06. Cuba dengar nasihat daripada orang lain bagi memecahkan kebuntuan.
07. Bunuh perasaan negatif seperti takut dan rendah diri.
08. Ingatlah bahawa anda sebenarnya bukan keseorangan. Tuhan sentiasa bersama kita.
09. Anggaplah diri kita lebih besar dan lebih tinggi daripada masalah itu.
10. Sususn segala kesulitan dan masalah di atas kertas satu persatu.
11. Programkan semula pemikiran dan amalkan prinsip pemikiran positif.
12. Jangan sesekali bertindak secara emosional kepada kritikan sehingga menjejaskan penilaian sebenar.
13. Ingatlah bahawa setiap masalah ada jawapan dan jalan penyelesaiannya.
14. Semasa di dalam kesusahan, ingatlah bahawa Tuhan sayangkan anda dan sentiasa bersama kita.
"HADAPILAH MASALAH DENGAN PENUH KEPINTARAN DAN KETABAHAN".
Ingatlah bahawa Tuhan sentiasa bersama kita.
WARNA-WARNI KEHIDUPAN...............
Bagi saya, kehidupan ini ibarat pensil, kitalah yang akan melakar dan mencorakkannya. Indahnya kehidupan sekiranya kita bijak melakarkanya, sebaliknya punahlah segala kehidupan kita sekiranya kita tidak bijak untuk melakar dan mewarnakannya.Apa yang penting, bagaimana untuk kita melakarkan hidup ini. Sebagai makhluk ciptaan Tuhan, kita telah diberi anugerah akal yang tidak terhingga untuk membolehkan kita berfikir tentang perkara baik dan buruk yang boleh kita tanamkan di dalam kehidupan kita. Walau dari mana datangnya kita, dari ulu mana, anak siapa diri kita ini, tidak kira bagaimana latar belakang kita sebelum ini, tetapi yang paling penting sekali ialah apa yang kita boleh jadikan untuk diri kita. Segala-galanya bergantung kepada diri kita sendiri.
Orang biasa atau orang kebanyakkan atau sesiapa sahaja boleh menjadikan diri mereka sebagai orang yang berjaya dan ternama sekiranya mereka sanggup berusaha mengenali diri sendiri, di tahap mana mereka berada di ketika ini, ke mana arah tujuan mereka, mengetahui kekuata dan kelemahan mereka dan kemudiaannya berusaha mengubah diri, sikap dan pemikiran mereka ke arah yang lebih positif. Kesedaran diri untuk berubah adalah merupakan anak kunci kepada segala kejayaan hidup. Tiada suatu apa pun dan tiada sesiapa pun yang dapat menghalang kita daripada mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup ini selain daripada diri kita sendiri kerana kita adalah nakhodanya.

Hidup insan jadi pedoman,
Belajar mengenali diri sendiri,
Hidup tenang jadi idaman,
Belajar menghadapi walaupun berduri.
Belajar mengenali diri sendiri,
Hidup tenang jadi idaman,
Belajar menghadapi walaupun berduri.
Gambaran mental lakaran DUNIA kita...
Sebenarnya kita sendiri yang mengawal sikap kita. Tiada siapa yang berupaya membantah sikap kita melainkan diri kita sendiri. Bagaimana kita berfikir dan bertindak balas bergantung sepenuhnya kepada minda kita sendiri. Gambaran mental adalah apa yang kita fikirkan sehingga ianya dapat mengawal kehidupan seharian kita. Ianya dapat menentukan masa depan dan membentuk mental yang bertindak seperti kompas bagi kehidupan seseorang. Gambaran mental dalam fikiran memandu kita menjalani kehidupan menuju haluan yang akan kita tentukan sendiri. Cuba anda lakukan, fikir dan bayangkan kejayaan dengan penuh emosi, kemudian kita tentukan kuasa bertindak untuk mencapai gambaran tadi. Sikap akan terbentuk untuk menguasai situasi dan alami sendiri akan suasana tersebut. Sesungguhnya masa depan kita terbentuk mengikut apa yang kita gambarkan dalam mentl kita.
Kita "menanam" gambaran mental dan kita menuai apa yang kita tanam. Sekiranya kita menam padi maka hasilnya kita akan perolehi padi dan bukannya gandum. Begitu juga dengan kehidupan kita. Jika kita menanam dalam gambaran mental sebagai seorang yang gagal dan membajai benih-benih kegagalan, maka akhirnya kita akan menuai hasil yang berupa kegagalan. Sekiranya kita menggambarkan dalam gambaran mental kita sebagai orang yang berterusan miskin, akhirnya kita akan mendapat hasil yang sama iaitu kemiskinan. Kita boleh terus menerus menanamkan pemikiran atau gambaran mental kemiskinan dalam fikiran jika kita ingin hidup seperti itu.
Sebaliknya, sekiranya kita memikirkan kejayaan, maka kita akan menjadi orang yang berjaya. Sekiranya kita memikirkan persahabatan, kita akan "menarik" sahabat. Jika kita fikirkan BOLEH, maka kita meyakini yang kita boleh melaksanakannya. Oleh kerana pemikiran kita menguasai dan mengawal kehidupan, kita perlulah berhati-hati dan bijak memilih benih-benih terbaik untuk dimasukkan ke dalam pemikiran kita. Tidak salah untuk kita berfikir untuk memilih jalan yang negatif mahupun positif, terpulang kepada diri kita sendiri untuk mencorakkannya kerana kita sendiri yang menentukan dan memilih segala-galanya. Segala pilihan berada di dalam tangan anda dan masanya adalah sekarang untuk anda bertindak....
....Kita menjadi Seperti Apa yang Kita Fikirkan...

0 comments:
Post a Comment