BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 16 October 2011

Program Motivasi bagi murid-murid yang belajar dalam Darjah IV, V dan VI.

Pada 21 Mei 2011 yang lalu, saya telah diberi peluang untuk memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid yang belajar dalam Darjah IV, V dan VI. Berikut merupakan laporan aktiviti tersebut :




Program Motivasi dorong
murid berperibadi mulia
KUALA BELAIT, Sabtu, 21 Mei. - Dalam usaha mendorong murid-murid sekolah rendah rajin belajar dan menjadi individu yang mempunyai peribadi mulia di masa hadapan, Sekolah Ugama (BSM) Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong hari ini mengadakan Program Motivasi bagi murid-muridnya yang belajar dalam Darjah IV, V dan VI. Hampir 250 murid menghadiri program yang diadakan di Dewan Serbaguna Hospital Suri Seri Begawan dengan mengetengahkan penceramah undangan, Pegawai Kaunseling dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Ali Hardi bin Haji Mohamed.

PEGAWAI Kaunseling dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Hal Ehwal Pelajar KUPU SB, Awang Ali Hardi bin Haji Mohamed menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar Darjah IV, V dan VI Sekolah Ugama (BSM) Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong.


Guru Besar Sekolah tersebut, Dayang Hajah Rokiah binti Awang Taha menjelaskan melalui program berkenan murid-murid didedahkan dengan cara membina tabiat belajar yang efektif dengan tujuan membolehkan mereka melaksanakan tugasan serta mengulang kaji secara bersistematik.
Di samping itu beliau juga berharap ibu bapa hendaklah sentiasa mendampingi anak-anak mereka dengan tujuan membantu mereka menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi serta memperolehi kemahiran belajar yang berkesan.
"Pihak sekolah berharap murid-murid yang mengikuti program motivasi ini akan mendapat manfaat daripada apa yang telah disampaikan. Insya-Allah semoga dengan kemahiran belajar serta berfikir yang efektif itu, impian pelajar akan dapat direalisasikan serta meningkatkan keazaman untuk mengubah sikap cara belajar yang berkesan agar dapat mencapai tahap pencapaian yang baik lagi cemerlang dalam semua bidang," ujar beliau dengan penuh harapan.




HAMPIR 250 murid Sekolah Ugama (BSM) Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong mengikuti Program Motivasi ini. 
 
Antara objektif program tersebut ialah untuk membentuk dan menitikberatkan tabiat belajar yang berkesan, menyedarkan murid-murid tentang kepentingan persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dan menanamkan sikap bertanggungjawab dengan penuh kesedaran tentang wajibnya pelajaran di masa hadapan. Program kali keempat seumpamanya ini merupakan aktiviti tahunan sekolah berkenaan yang dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya meningkatkan motivasi diri setiap murid dan guru-guru serta ibu bapa dan penjaga murid agar mencapai keputusan pelajaran yang cemerlang terutama bagi murid-murid Darah VI yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI (SSSRU) tahun ini.

0 comments: