Matlamat adalah kompas kehidupan....
Hidup tanpa matlamat umpama....
Kapal tanpa nakhoda...
hanyut di tengah lautan....
Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan.
Matlamat...???
Matlamat adalah arah tuju an atau kompas kehidupan. Ia akan menentukan apa jua yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak. Matlamat adalah untuk dimiliki dan dinikmati sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia kerana pencapaiannya akan menimbulkan perasaan bangga, gembira dan kepuasan kepada diri kita. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup atau cita-cita atau sekadar mengharapkan sesuatu yang baik berlaku kepada kita, maka peluang untuk gagal dan daif akan terbuka luas. Oleh itu, kita perlulah bekerja keras dan bersungguh-sungguh sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran. Pencapaian matlamat adalah salah satu daripada langkah utama dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sebab yang menjadikan matlamat sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan seseorang :
1. Asas menyalurkan masa, tenaga dan idea di mana matlamat dapat menghalang kita daripada mengikut jalan yang salah.
2. Matlamat dapat mewujudkan asas keyakinan dan kemajuan diri yang boleh memberikan perasaan bangga dan yakin kepada kemajuan yang kita perolehi. Dengan itu, kita akan dapat menetapkan matlamat yang lebih besar dan memiliki keyakinan serta kepercayaan yang sepenuhnya terhadap diri kita sendiri.
3. Membuatkan kehidupan kita lebih menarik dan menyeronokkan jika kita berjaya mencorakkan kehidupan. Sebaliknya, jika kita sentiasa berkata, "tiada apa yang boleh aku lakukan", maka sudah pasti kita akan menempuhi kegagalan.
XXXXXXXX
Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal, apakah pilihan dan tindakan anda..?
XXXXXXXXX
Matlamat yang SATU.....
Apabila kita telah mempunyai matlamat, kita mesti rancangan tindakan dan kemudiannya berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat tidak akan dicapai hanya dengan angan-angan. Dengan kata lain, kita harus mewujudkan matlamat dan berusaha secara positif untuk memburu kejayaan. Anggaplah bahawa tidak ada apa pun yang mustahil untuk dicapai. Di dalam merancang matlamat hidup ini, secara tidak langsung kita akan belajar untuk mengenali siapakah diri kita sebenarnya, ke manakah arah tujuan kita dan di tahap manakah kita berada ketika ini...? Adakah kelemahan kita yang menjadi batu penghalang untuk maju? Itulah azimat dan hikmat dalam merancang matlamat hidup ini.
Perancangan Matlamat
Dalam menetapkan matlamat, kita perlu membuat perancangan yang teliti, jelas dan tepat. Tanpa perancangan, tidak ubah seperti berangan-angan kosong. Dalam menetapkan matlamat, kita perlu tahu apakah tujuan sebenar atau objektif kita. Jika sasaran kita tidak jelas atau kabur, maka sudah pastilah sasaran kita tidak akan mengena dengan tepat. Salah satu aspek yang perlu ada dalam membuat sesuatu perancangan matlamat ialah aspek masa. Setiap matlamat mestilah mempunyai masa yang telah kita tetapkan. Kita perlu mempunyai tempoh masa yang telah ditetapkan sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Ini akan membolehkan kita merancang, meneliti dan melaksanakannya dalam jangkamasa yang telah kita tetapkan dan memberikan kita "a sense of urgency".
Kedua ialah aspek pengorbanan, di mana apabila kita merancang sesuatu matlamat, kita memerlukan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban dari segi tenaga, wang, masa dan sebagainya. Dengan adanya pengorbanan seperti ini, ianya dapat membantu kita untuk semakin hampir dengan matlamat. Seterusnya ialah aspek halangan. Anda perlu menyenaraikan seberapa banyak halangan dan cabaran yang bakal anda tempuhi supaya anda berada dalam keadaan bersedia untuk mencari jalan untuk mengatasinya. Ini kerana, kebanyakkan individu yang berjaya berpendapat bahawa, dengan hanya mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi, mereka telah pun berjaya mengatasi sebahagian daripadanya.
Bagaimana untuk menetapkan matlamat...??
1. Matlamat ditentukan dengan Apa yang Kita Inginkan.
Anda jangan sesekali membiarkan matlamat dipengaruhi oleh pendapat orang lain yang boleh merosakkan matlamat anda. Ini kerana, kita bebas menentukan corak hiduo kita. Oleh itu, anda lakukanlah pekerjaan yang boleh mendatangkan kepuasan untuk diri anda sendiri. Apa yang pentin adalah anda harus membuat keputusan berdasarkan kemahuan dan pertimbangan yang baik dari anda sendiri. Bukan bermakna anda tidak menerima pandangan orang lain terutama daripada ahli keluarga tetapi ianya hanya sebagai nasihat dan "guide line" untuk anda membuat keputusan.
2. Tuliskan matlamat anda.
Salah satu cara adalah dengan menulis matlamat kerana ia dapat menolong anda mengenali apa yang dikehendaki. Kebanyakkan daripada kita hanya memikirkan matlamat tetapi tidak menulisnya secara realiti, maka lama-kelamaan, ia akan hilang begitu sahaja. Matlamat yang ditulis, tidak akan hilang. Kecualilah jika ianya dibuang. Melalui penulisan matlamat juga, ianya dapat membuatkan diri kita menumpukan lebih banyak perhatian untuk melaksanakannya.
3. Matlamat haruslah mencabar tetapi masih dalam jangkaan
Matlamat yang mencabar akan membuatkan kita berusaha dan bekerja dengan lebih kuat lagi. Sekiranya matlamat adalah rendah, maka ianya tidak akan mendatangkan sebarang cabaran dan kepuasan. Sebaliknya, sekiranya matlamat terlalu tinggi, ianya akan menyebabkan anda hilang motivasi. Oleh itu, adalah penting untuk menetapkan matlamat yang agak mencabat tetapi masih dalam jangkaan kita seterusnya, kita pasti akan dapat mencapainya.
4. Setip matlamat perlu mempunyai jangkamasa pencapaiannya
Ini adalah utuk membolehkan anda agar tidak berangan-angan kosong seperti angan-angan mat jenin. Ketika anda menetapkan jangkamasa pencapaian matlamat, anda harus mengambilkira tentang pembahagian masa dengan tepat dan praktikal. Oleh itu, anda seharusnya mempunyai matlamat seharian, matlamat jangka pendek, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka panjang.
Matlamat adalah satu peta kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi dengan tindakan, tidak akan menghasilkan apa-apa pun. Ini kerana, tabiat atau sikap kita bukan seperti ukiran di batu yang kekal. Diri kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan mengikis tabiat dan sikap negatif yang tidak membina. Tidak ada seorang pun yang boleh membantah pilihan kita kecuali diri kita sendiri. Oleh itu, anda harus bertindak dengan cara yang sebaik-baiknya untuk mendapatkan matlamat yang semaksimum mungkin.